n0ta dari @ku

uhuk..uhuk..uhuk
adeh terbatok-batok..
pada sesiapa yang sedang membaca harap dapat berundur kebelakang sedikit..
fuh..fuh...........
da berabok betul blog nie..
fuh..fuh........
kene bersih2 kan lagi ni..da penoh sawang ..
haha..

wokeh..
da bersih sket..
da boleh rapat-rapat balik..
takde ape pon..saje nk merepek di saat2 akhir nie..

Nota @ku untuk kamu semua
aku tidak pernah mengerti maksud kawan
bagi aku
berkawan hanya kerana kita tidak betah bersendirian
aku tidak akan memberikan hati aku pada mereka yang bergelar kawan
bagi aku
mereka mampu menggenggam hancur hati ini dengan berbagai alasan
itu yang aku selalu fikirkan

tapi sekarang
keadaan sudah berubah atau aku yang berubah
aku mula terfikir
memang kita berbeza
ada masa gembira, ada masa membara, ada masa rasa nak maki depan muka
haha
tapi aku mula belajar menerima
dan sekarang aku mampu berkata

kamu minta sajalah hati aku
pasti akan ku berikan tanpa sebarang ragu
dan
berikan pada aku
hati-hati kamu
akan aku simpan cermat dalam pelukanku

kita jadi kawan
kadang kala lawan
ada masa jadi bahan

kita tetap jadi kawan
bila kita gembira bergurauan
bila kita masam bersengketaan
bila kita tangis berhamburan

kita terus jadi kawan
walau kita berlainan
walau kita berjauhan
walau kita berasingan

andai seluruh dunia menidakkan kamu
datang padaku akan aku ubati kecewamu
andai seluruh dunia memijak hati kamu
mampir padaku akan aku ubati sakitmu
andai tiada siapa mendengar luahan kamu
dekat padaku akan aku tadahkan telinga aku setia menemanimu
andai aku yang menidak, memijak dan pekak pada kamu
sedarkan aku bahawa aku memegang hati kamu

hati aku pada kamu
jagalah sebaiknya
hati kamu pada aku
akan aku pelihara sepenuhnya

andai kamu rebah
lelah ingin melangkah
aku kan tetap ada sedia memapah

walau kita sudah tidak lagi bersama
biar kita terpisah ke hujung dunia
ingat sentiasa bahawa
kita tetap memandang langit yang sama

apa sahaja yang akan kita lalui
apa sahaja kesakitan yang akan kita rasai
ingat sentiasa bahawa
kita ada KITA
dan KITA ada DIA..

wokehhh
haha
nie betul2 merepek
akhir kata
aku nak berterima kaseh kepada kamu semua yang hadir dalam hidup aku..
maaf andai aku terguris, mengguris, terluka, meluka, tersakit, menyakit kan hati kamu semua..
minta dihalalkan segala-galanya..
semoga kamu semua sentiasa tenang, tabah dan gembira menjalani kehidupan..
terima kaseh Tuhan
terima kaseh kamu semua

-najwa aka @ku-